Penggunaan kata pemerintahan seharusnya diganti dengan kata pentadbiran. Pemerintahan membawa kepada satu makna dan maksud yang kurang sesuai sesuai dengan norma-norma kemanusiaan. Ia cenderung membawa manusia kepada kesewenangan. Ini sebab bahawa seseorang akan mencorak cara berfikirnya. Ertinya dengan menggunkan kata pemerintah, yang ada dalam benak dan fikirannya hanyalah memerintah semata-mata. Sementara dalam satu-satu negara, peminpin yang dilantik dalam meminpin satu negara bukan untuk memerintah akan tetapi mengurus atau mentadbir. Oleh itu penggunaan kata “tadbir” lebih sesuai di gunakan untuk menggantikan kata “pemerintah”. Sebab konotasi daripada kata perintah membawa impak yang kurang baik dalam hakikat yang berlaku di masyarakat. Coba kita perhatikan apa yang sering berlaku di masyarakat kita. Kita ambil satu contoh.